- JBS Kelantan
- Hits: 6
KE ARAH PENSIJILAN PROFESIONAL: BENGKEL SKM-PPT SIRI 1 ZON TIMUR TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 6
Kota Bharu, 22 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mencalonkan sepuluh pegawai untuk menyertai Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 1 Zon Timur Tahun 2026 bermula 8 hingga 10 Jun 2026 lalu di Institut Pengurusan Peladang Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini dianjurkan bagi memperkasakan profesionalisme pekerja belia melalui laluan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang membolehkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap kemahiran yang bersesuaian.
Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) sebagai panduan utama dalam pembangunan kompetensi pekerja belia di Malaysia.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi taklimat, perbincangan dan bengkel berkaitan proses pensijilan SKM-PPT, penyediaan eviden, dokumentasi portfolio serta penilaian kompetensi yang diperlukan untuk mendapatkan pengiktirafan kemahiran secara rasmi.
Bahagian Pembangunan Belia dihadiri oleh Puan Nazatul Asma binti Ariffin dan Puan Siti Shalwani binti Zakaria . Penyertaan dalam bengkel ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan pengalaman mereka dalam bidang pembangunan belia.
Disediakan oleh :
Urusetia Media, Bahgian Pembangunan Belia, JBSN Kelantan
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
