BENGKEL CONTENT CREATOR TARIK MINAT BELIA KELANTAN DALAMI DUNIA KANDUNGAN DIGITAL

Program Bengkel Content Creator Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berjaya menghimpunkan golongan belia yang berminat untuk mendalami dunia penciptaan kandungan digital dan media sosial.

Bengkel ini menampilkan influencer daripada Team Yaya Empire sebagai moderator program yang berkongsi pengalaman serta panduan kepada peserta dalam menghasilkan kandungan kreatif dan berkualiti di platform media sosial.

Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting termasuk asas penciptaan kandungan, teknik rakaman dan penyuntingan video, strategi media sosial, penjanaan idea kreatif serta pembinaan penjenamaan peribadi (personal branding). Sesi perkongsian yang interaktif turut memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan dan mendapatkan tips secara langsung daripada moderator.

Program ini dianjurkan bersempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 dengan tujuan memperkasakan kemahiran digital belia selaras dengan perkembangan teknologi dan trend media masa kini. Encik Sazli Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir dan dilantik sebagai juri sesi pembentangan "Content" setiap kumpulan.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pencipta kandungan yang beretika, kreatif dan berdaya saing, sekali gus memanfaatkan platform digital sebagai medium penyampaian maklumat serta pembangunan potensi diri.

#RakanMuda #FiestaRakanMuda2026 #ContentCreator #BeliaKelantan #YayaEmpire #JBSKelantan #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #MenggerakBeliaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search