PROGRAM SKILL FOR LIFE (MEMASAK) TARIK PENYERTAAN BELIA DI FIESTA RAKAN MUDA KELANTAN 2026

GUA MUSANG, 20 Jun 2026 – Program Skill For Life (Memasak) yang dianjurkan sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kompleks Perdana (Pusat Sivik), Gua Musang.

Program yang bermula pada jam 10.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia dan masyarakat setempat yang hadir untuk menimba ilmu serta kemahiran asas dalam bidang masakan. Aktiviti ini merupakan antara pengisian utama Fiesta Rakan Muda yang bertujuan memperkasa belia dengan kemahiran praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari teknik penyediaan makanan, malah turut didedahkan dengan aspek kreativiti dalam penyediaan hidangan serta pengurusan dapur yang berkesan. Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengasah bakat dan minat dalam bidang kulinari.

Selaras dengan konsep "Skill For Life", program ini menekankan pembangunan kemahiran sepanjang hayat yang mampu meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan kemahiran memasak sebagai satu nilai tambah pada masa hadapan.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama rakan strategik Yaya Empire, yang sentiasa komited dalam menjayakan pelbagai aktiviti pembangunan belia di negeri ini. YB Dato' Shahbudin bin Hashim ADUN Galas bersama En Mohd Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan , Puan Nadia binti Mat Isa,Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire ALL ABOUT YAYA bersama Encik Sazli bin Sazli Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda Jbsnkelantan juga turut hadir bersama memantau perjalanan program Skill For Life.Cikgu Nor Liyana Abdullah dilantik sebagai moderator masakan yang berpengalaman, yang berkongsi pelbagai teknik penyediaan makanan, tips memasak serta kaedah penyediaan hidangan yang kreatif dan menarik kepada para peserta. Sesi interaktif yang dijalankan turut memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri teknik yang dipelajari
Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dari 17 hingga 20 Jun 2026 di Kompleks Perdana Gua Musang terus menjadi platform terbaik untuk menghimpunkan belia melalui pelbagai aktiviti berteraskan kemahiran, kesukarelawanan, gaya hidup sihat dan pembangunan sahsiah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search