PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Kota Bharu ,14 Jun 2026 – Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 13 Jun 2026 (Sabtu) di Bilik Seminar dan Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat yang merangkumi pengenalan kepada sukan Floorball, peraturan permainan serta teknik dan asas permainan. Para peserta kemudiannya mengikuti sesi latihan praktikal bagi memberi pendedahan secara langsung tentang kemahiran asas dan strategi permainan floorball.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan Floorball kepada masyarakat sebagai salah satu sukan berpasukan yang selamat, mudah dipelajari dan menyeronokkan. Selain itu, program ini juga diharap dapat menarik minat lebih ramai golongan belia dan komuniti untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang sihat dan aktif.
Sebagai penutup program, satu pertandingan tertutup Floorball telah diadakan melibatkan semua peserta yang hadir. Kumpulan yang diwakili oleh Puan Nur Aliaa binti Wan Johan telah berjaya muncul sebagai johan, sekali gus membuktikan semangat berpasukan serta penguasaan kemahiran yang dipelajari sepanjang program berlangsung.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau berharap sukan Floorball akan terus berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu sukan pilihan yang mampu menarik penyertaan pelbagai peringkat umur. Beliau juga menggalakkan setiap daerah untuk mengambil inisiatif menubuhkan kelab sukan Floorball bagi memperluaskan lagi pembangunan dan penyertaan sukan tersebut di peringkat komuniti.

#TeamKBS #TeamJBSN#jbskomited #JBSNKelantan#MalaysiaMadani #RakanMudaAktif #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
KBSMalaysia
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search