10 PASUKAN BERENTAP MERIAHKAN KEJOHANAN BOLA JARING LSK DAERAH PASIR PUTEH 2026

ASIR PUTEH, 21 JUN 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 yang lalu bertempat di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh, menghimpunkan sebanyak 10 pasukan dari seluruh daerah Pasir Puteh bagi merebut gelaran juara.

Persaingan sengit yang dipamerkan oleh semua pasukan akhirnya menyaksikan SlayRino muncul sebagai johan, manakala BPNC meraih gelaran naib johan, tempat ketiga bersama pula menjadi milik pasukan Gegar A dan White Sand Angels.

Pasukan-pasukan yang berjaya menerima wang tunai, medal dan sijil penyertaan sebagai penghargaan atas komitmen serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, urus setia serta penyokong yang telah menjayakan kejohanan ini. Beliau berharap penganjuran seperti ini dapat diteruskan sebagai platform membudayakan sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dari daerah Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search