- JBS Kelantan
- Hits: 3
KLAS RENANG B40 DAERAH PASIR MAS KEMBALI LAGI
- JBS Kelantan
- Hits: 3
Pasir Mas, 12 Jun 2026- Seramai 40 orang kanak-kanak daripada keluarga B40 daripada daerah Pasir Mas telah terpilih untuk menyertai KLAS Renang Fasa 1 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Renang Kel Kelantan (KRK) yang telah di laksanakan di Kolam Renang, Repek, Pasir Mas.
Program ini bukan sekadar mengajar kemahiran berenang, malah memberi peluang kepada anak-anak dan masyarakat untuk membina keyakinan diri, meningkatkan keselamatan di air serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Semoga setiap peserta memanfaatkan peluang yang diberikan dan terus berusaha sehingga mampu menguasai kemahiran renang dengan baik. Terima kasih kepada KBS, JBSN Kelantan, PBSD Pasir Mas dan para jurulatih serta semua pihak yang sentiasa komited dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti di negeri Kelantan.
“Setiap anak berhak diberi peluang, dan setiap peluang mampu mengubah masa depan.”
#TeamKBS
#TeamJBSN
#jbskomited
#JBSNKelantan
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
