- JBS Kelantan
- Hits: 5
KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 5
PASIR MAS, 13 Jun 2026 – Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama Kelab Sukan Rekreasi Padang To’ La.
Kejohanan yang diadakan di AFDA Futsal, Lubok Jong, Pasir Mas ini berjaya menghimpunkan sebanyak 24 pasukan dari seluruh daerah Pasir Mas yang bersaing secara sihat dan penuh semangat kesukanan bagi merebut gelaran juara.
Setelah melalui perlawanan yang sengit, pasukan Supersonic FT A telah muncul sebagai Johan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM500, medal dan sijil penyertaan. Tempat Naib Johan pula dimenangi oleh Safi FT yang menerima wang tunai RM300, medal dan sijil.
Bagi kategori Ketiga Bersama, pasukan MDPM A dan Sakura FT masing-masing menerima wang tunai RM200, medal dan sijil sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, penganjur serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Sebagai ganjaran kepada prestasi cemerlang mereka, Supersonic FT A dan Safi FT selaku Johan dan Naib Johan telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Daerah Pasir Mas ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan.
#pasirmas
#TeamKBS
#TeamJBSN
#jbskomited
#JBSNKelantan
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMadani
#LigaSukanKomuniti
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
