- JBS Kelantan
- Hits: 5
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MASA SERTAI BENGKEL SKM-PPT SIRI 1 ZON TIMUR TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 5
Kota Bharu, 15 Jun 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Arffin telah terpilih menyertai Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 1 Zon Timur Tahun 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2026 di Institut Pengurusan Peladang Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel ini merupakan salah satu pengiktirafan terhadap komitmen dan pengalaman pelerja belia dalam bidang pembangunan belia. Program ini dianjurkan bagi memperkasakan profesionalisme pekerja belia melalui laluan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang membolehkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap kemahiran yang bersesuaian.Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) sebagai panduan utama dalam pembangunan kompetensi pekerja belia di Malaysia.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi taklimat, perbincangan dan bengkel berkaitan proses pensijilan SKM-PPT, penyediaan eviden, dokumentasi portfolio serta penilaian kompetensi yang diperlukan untuk mendapatkan pengiktirafan kemahiran secara rasmi.
