- JBS Kelantan
- Hits: 4
'PROGRAM KELAS RENANG OKU PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 4
KOTA BHARU, 5 Jun 2026 – Program Kelas Renang Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Daerah Kota Bharu telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 40 peserta OKU dari sekitar daerah Kota Bharu.
Program yang dianjurkan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas renang di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal, keyakinan diri dan keselamatan di dalam air. Kelas renang ini dijalankan sebanyak lima sesi yang berlangsung pada setiap hujung minggu dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik renang dan kemahiran asas di dalam air. Antara teknik yang diajar termasuk teknik pernafasan, apungan badan, kayuhan kaki, koordinasi pergerakan tangan serta aspek keselamatan ketika berada di kolam renang.
Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, membina keyakinan diri serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti OKU. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan peserta menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang sesi latihan dijalankan.
Penganjuran Program Kelas Renang OKU ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu OKU yang mahir berenang serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aktiviti sukan dan rekreasi yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Kota Bharu
