PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 (KATEGORI PERSATUAN) PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU

KOTA BHARU, 29 April 2026 - Satu (1) Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 bagi kategori persatuan peringkat daerah Kota Bharu telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia ABIM, PPR Kota Bharu.

Persatuan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kota Bharu telah berjaya terpilih dalam kelompok lima (Top 5) terbaik dan seterusnya dinilai oleh panel yang dilantik diketuai oleh YBrs. En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah. Turut serta panel penilai lain daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan dan wakil pendidikan negeri.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Sesi dimulakan dengan sambutan simbolik persembahan silat, diikuti pembentangan komprehensif oleh pihak persatuan meliputi program, impak komuniti serta penglibatan aktif belia. Turut dipamerkan inovasi belia melalui demonstrasi pencetakan keychain menggunakan teknologi 3D.

Selain itu, fokus utama ABIM Kota Bharu bagi tahun 2026 adalah kepada pembangunan dan pemerkasaan komuniti belia di kawasan PPR melalui pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan.

Sesi turut disusuli lawatan panel ke sekitar pusat belia serta sesi interaksi bersama ahli persatuan.

Keseluruhannya, penilaian berjalan lancar dan mencerminkan komitmen tinggi persatuan dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Disediakan oleh :
Urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search