- JBS Kelantan
- Hits: 27
LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 MERIAH DENGAN ACARA TENPIN BOLING
- JBS Kelantan
- Hits: 27
Kota Bharu, 20 Jun 2026 – Acara Tenpin Boling sempena Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah pada petang ini di Lite SuperBowl JB7, Mydin Tunjong, Kota Bharu.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Persatuan Tenpin Boling Negeri Kelantan dan Persatuan Skuasy Kelantan 2024 itu berjaya menghimpunkan seramai 60 orang peserta warga emas dari seluruh negeri Kelantan.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan menggalakkan warga emas mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Selain itu, program ini turut menjadi platform mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga emas.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Anuar bin Che Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas dan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Hadir sama ialah Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta En. Kamal bin Mustapha, Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Kelantan.
Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan 2026 diharapkan dapat terus menjadi medium terbaik dalam memperkasakan agenda penuaan aktif serta membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga emas di negeri ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
