FIESTA RAKAN MUDA X AWESOME FESTIVAL DIWANGIKAN OLEH YAYA EMPIRE MERIAHKAN GUA MUSANG

GUA MUSANG, 20 Jun 2026– Fiesta Rakan Muda X Awesome Festival Diwangikan Oleh Yaya Empire sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Perdana, Gua Musang, bermula 17 hingga 20 Jun 2026 dengan penyertaan dan kehadiran ribuan belia serta masyarakat setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. YB Dato' Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, ADUN Nenggiri.

Hadir sama Encik Fadhlir Rahman bin Mohd Nizar Penolong Pengarah Gaya Hidup Jabatan Belia dan Sukan Negara mewakili Ketua Pengarah Jabatan belia dan sukan negara. Penganjuran fiesta ini merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama strategik Yaya Empire, EdStore, Awesome Festival, Hijir Travel and Tours dalam usaha menyediakan platform pembangunan belia yang lebih dinamik melalui pengisian berteraskan kesukarelawanan, gaya hidup sihat, keusahawanan, sukan, rekreasi dan hiburan.

Sepanjang empat hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pertandingan mewarna, senam cergas, pertandingan sukan komuniti, pameran agensi kerajaan dan swasta, aktiviti kesukarelawanan, program pembangunan belia serta pelbagai acara pentas yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Kemuncak sambutan berlangsung menerusi Malam Muzikal Yaya Empire yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Adam ZBP, Aiman dan Pok Jak, Azmani Kulit, XPDC, Afieq Shazwan serta Fadhil Turbo. Persembahan yang bertenaga dan menghiburkan berjaya menarik kehadiran ribuan peminat serta menyemarakkan suasana fiesta.

Fiesta Rakan Muda X Awesome Festival Diwangikan Oleh Yaya Empire bukan sahaja menjadi medan hiburan dan rekreasi kepada masyarakat, malah turut berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan jaringan komuniti, memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan diri dan masyarakat.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama rakan strategik dalam memperkasakan golongan belia melalui program yang inklusif, berimpak tinggi dan selaras dengan aspirasi melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan berwawasan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search