- JBS Kelantan
- Hits: 7
35 PASUKAN MERIAHKAN KEJOHANAN NETBALL SHOOT OUT FIESTA RAKAN MUDA KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 7
GUA MUSANG, 20 Jun 2026 – Kejohanan Netball Shoot Out sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sivik Gua Musang, melibatkan penyertaan seramai 35 pasukan dari seluruh daerah Gua Musang.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Yaya Empire ini berjaya menarik minat ramai peserta yang hadir untuk menguji kemahiran jaringan, ketepatan dan fokus dalam suasana pertandingan yang penuh semangat kesukanan.
Para peserta menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung dengan mempamerkan kemahiran individu yang tinggi serta semangat persaingan yang sihat. Sorakan penyokong turut menambahkan kemeriahan acara yang menjadi antara tarikan utama Fiesta Rakan Muda tahun ini.
Penganjuran Kejohanan Netball Shoot Out ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan netball, malah turut menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang sihat.
Kejayaan menghimpunkan 35 pasukan membuktikan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat terhadap program-program pembangunan belia dan sukan yang dianjurkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta memperkukuhkan budaya hidup aktif dalam kalangan belia.
Yang Berhormat Dato' Shahbudin bin Hashim, ADUN Galas bersama Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir menyaksikan kejohanan tersebut serta menyantuni para peserta dan pengunjung. Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasakan pembangunan sukan dan belia di daerah Gua Musang serta negeri Kelantan secara keseluruhannya.
Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Encik Loqman hakim bin jazlan, Pengurus (Operasi) Awesome studio event and management.
#FiestaRakanMuda2026 #RakanMudaKelantan #NetballShootOut #JBSKelantan #BeliaAktif #GuaMusang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK
