- JBS Kelantan
- Hits: 4
KELANTAN DART CHAMPIONSHIP 2026 MERIAH SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA
- JBS Kelantan
- Hits: 4
GUA MUSANG, 19 Jun 2026 – Kejohanan Kelantan Dart Championship 2026 (Single) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pusat Sivik Gua Musang sempena penganjuran Fiesta Rakan Muda, dengan penyertaan pemain-pemain dart dari seluruh negeri Kelantan.
Program yang dianjurkan oleh Buckshot Dart Club ini dilaksanakan menggunakan Dana Sukan Komuniti daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Penganjuran kejohanan ini bertujuan menggalakkan penglibatan belia dan komuniti dalam aktiviti sukan rekreasi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta mencungkil bakat baharu dalam sukan dart.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, bersama Puan Nadia binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan yang sihat. Pemenang-pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan medal sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, para penaja, urus setia, sukarelawan serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh pembangunan sukan komuniti serta menyemarakkan semangat Rakan Muda dalam kalangan belia dan masyarakat.
"Rakan Muda: Yakin Boleh!"
#FiestaRakanMuda #KelantanDartChampionship2026 #DanaSukanKomuniti #JBSKelantan #RakanMuda #GuaMusang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK
