- JBS Kelantan
- Hits: 8
RAKAN MUDA BERSELAWAT MERIAHKAN FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 8
GUA MUSANG, 18 Jun 2026 – Program Rakan Muda Berselawat telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan penghayatan sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 di Dewan Kompleks Perdana (Pusat Sivik), Gua Musang.
Program yang menampilkan pendakwah terkenal, Ustaz Ekhwan Hatta, bersama Kumpulan Quwwatul Adiyat berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk bersama-sama menghayati alunan selawat serta pengisian kerohanian yang disampaikan.
Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui inisiatif Rakan Muda dengan sokongan Yaya Empire menerusi Awesome Festival. Program ini bertujuan menyemarakkan nilai-nilai murni, memperkukuhkan sahsiah belia serta menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti berteraskan kerohanian.
Suasana dewan dipenuhi dengan laungan selawat dan zikir yang menimbulkan rasa syukur serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta yang hadir. Program ini turut menjadi platform untuk mendekatkan belia dengan aktiviti keagamaan dalam suasana santai dan mesra komuniti.
Menambah keterujaan pengunjung, penganjur turut menawarkan cabutan bertuah berupa satu pakej umrah kepada pengunjung yang hadir, sekali gus menjadikan program ini lebih istimewa dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Puan Rohani binti Yaacob telah memenangi tiket umrah yang ditaja oleh Hijir Travel and Tours.Tahniah di ucapkan
Turut hadir Dato' Mohd Syahbuddin Hashim: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas bersama Encik Sazli bin Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penganjuran Rakan Muda Berselawat membuktikan bahawa program berunsurkan kerohanian mampu menjadi medium yang berkesan dalam membentuk jati diri belia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#FiestaRakanMudaKelantan2026 #RakanMudaBerselawat #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #BeliaKelantan
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK
