PERTANDINGAN MENYUMPIT TONJOLKAN WARISAN ORANG ASLI KUALA BETIS DI FIESTA RAKAN MUDA KELANTAN 2026

GUA MUSANG, 20 Jun 2026 – Pertandingan Menyumpit yang menampilkan penyertaan komuniti Orang Asli dari Kuala Betis menjadi antara tarikan utama sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Kompleks Perdana Gua Musang petang tadi.

Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan sendiri kemahiran tradisional menyumpit yang sinonim dengan kehidupan masyarakat Orang Asli. Para peserta mempamerkan ketepatan sasaran serta kemahiran yang diwarisi turun-temurun, sekali gus menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan semula permainan dan kemahiran tradisional, malah menjadi platform memperkenalkan keunikan budaya serta warisan masyarakat Orang Asli kepada generasi muda dan masyarakat umum.

Suasana pertandingan berlangsung meriah dengan sorakan dan sokongan daripada para pengunjung yang turut berpeluang mendekati serta memahami dengan lebih dekat budaya komuniti Orang Asli Kuala Betis.
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada pengisian Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dari 17 hingga 20 Jun 2026. Pelbagai program berbentuk sukan, rekreasi, kesukarelawanan, kebudayaan dan hiburan disediakan bagi menggalakkan penyertaan belia serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang.

Penganjuran pertandingan menyumpit ini membuktikan bahawa warisan budaya tradisional masih relevan dan wajar dipelihara sebagai sebahagian daripada identiti serta khazanah negeri Kelantan untuk generasi akan datang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search