PERTANDINGAN MEWARNA TARIK PENYERTAAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA DI FIESTA RAKAN MUDA KELANTAN 2026

GUA MUSANG, 19 Jun 2026– Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Keluarga sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kompleks Perdana (Pusat Sivik), Gua Musang.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Yaya Empire itu berjaya menarik penyertaan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun bersama ibu bapa dan penjaga yang hadir memberikan sokongan. Suasana dewan dipenuhi dengan semangat kreativiti apabila para peserta tekun menghasilkan karya masing-masing menggunakan pelbagai kombinasi warna yang menarik.

Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat seni dan kreativiti kanak-kanak, malah turut mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui penglibatan bersama dalam aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi serta berjaya menghasilkan pelbagai karya yang kreatif dan berwarna-warni.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Nadia binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire, yang turut meluangkan masa menyantuni para peserta dan keluarga yang hadir. Kehadiran beliau menyerlahkan komitmen sektor swasta dalam menyokong pembangunan bakat dan kreativiti generasi muda.

Penganjuran pertandingan ini merupakan antara pengisian Fiesta Rakan Muda yang memberi ruang kepada komuniti setempat untuk bersama-sama menyertai aktiviti pembangunan sosial, rekreasi dan kekeluargaan selaras dengan aspirasi Rakan Muda dalam membentuk masyarakat yang aktif dan berdaya saing.

Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Kompleks Perdana, Gua Musang terus mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Turut hadir Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#FiestaRakanMuda2026 #RakanMudaKelantan #JBSNKelantan #GuaMusang #PertandinganMewarna #YayaEmpire #KomunitiAktif
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search