LIGA SEPAK PENALTI TERBUKA KELANTAN 2026 MERIAH DENGAN PENYERTAAN 70 PASUKAN

Gua Musang, 19 Jun 2026 – Liga Sepak Penalti Terbuka Kelantan 2026 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Kundur telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan sebanyak 70 pasukan dari seluruh negara termasuk Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) ini dilaksanakan sebagai usaha memperkasa pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan penglibatan golongan belia dan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.

Pertandingan menawarkan hadiah wang tunai berserta trofi kepada para pemenang, iaitu Johan membawa pulang RM2,000, Naib Johan RM1,000 dan tempat ketiga menerima RM500.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah YB Datuk Mohd Syahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Sdr. Khairul Azhar bin Kamaruzaman, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Kelantan.

Penganjuran Liga Sepak Penalti Terbuka Kelantan 2026 diharap dapat menjadi platform dalam mencungkil bakat baharu, mengeratkan silaturahim antara peserta dari pelbagai negeri serta menyemarakkan lagi budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #JBSNKelantan #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search