- JBS Kelantan
- Hits: 6
SEDANG BERLANGSUNG! FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 – HARI KEDUA
- JBS Kelantan
- Hits: 6
Hari kedua Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan belia, keluarga dan masyarakat di Dewan Kompleks Perdana (Pusat Sivik), Gua Musang. Program yang berlangsung dari 17 hingga 20 Jun 2026 ini menawarkan pelbagai pengisian berteraskan pembangunan belia, kesukarelawanan, sukan, rekreasi dan kreativiti.
Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai pertandingan, aktiviti pentas, pameran agensi serta program interaktif yang disediakan sepanjang fiesta berlangsung. Suasana yang meriah membuktikan sambutan luar biasa masyarakat Gua Musang terhadap inisiatif Rakan Muda dalam memperkasa belia melalui penglibatan aktif dan gaya hidup sihat.
Orang ramai dijemput untuk terus hadir memeriahkan fiesta ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti sehingga hari terakhir program.
Jom ke Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026!
#RakanMuda #YakinBoleh #Yaya #FiestaRakanMuda2026 #JBSNKelantan #GuaMusang #MalaysiaMADANI #GuaMusang
