- JBS Kelantan
- Hits: 7
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA DAERAH JELI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 7
JELI, 16 Jun 2026- Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli tahun 2026 telah berlangsung pada 13 Jun 2026, bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan dan isu- isu berbangkit dalam proses perancangan dan pelaksanaan program tersebut nanti.
Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Jeli dengan kerjasama Rakan Strategik Utama Majlis Belia Jajahan Jeli dijangka dilaksanakan pada 25 Jun 2026, bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah agensi yang bakal terlibat dan akan membentangkan kertas kerja, kehadiran wakil-wakil dari pertubuhan belia dan usul-usul yang bakal dikemukakan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Turut hadir YBrs En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim, Pengerusi MBJ Jeli serta Ahli Jawatankuasa MBJ Jeli, dan wakil-wakil persatuan belia dalam Daerah Jeli.
Semoga Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar di samping dapat memperkukuhkan dan mempertingkatkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan dengan jabatan dan agensi dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
