- JBS Kelantan
- Hits: 20
SAINGAN SENGIT WARNAI KEJOHANAN DART BEREGU TERTUTUP PANTAI TIMUR
- JBS Kelantan
- Hits: 20
TUMPAT, 18 JUN 2026 – Kejohanan Dart Beregu Tertutup Pantai Timur menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) pada 17 Jun 2026 bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 63 regu daripada pemain-pemain dart dari seluruh zon Pantai Timur.
Kejohanan anjuran Black Ant Dart Club ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dart, memperkukuh semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain dan komuniti. Selain itu, kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta meningkatkan tahap persaingan secara sihat.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi yang kompetitif dan berdisiplin tinggi, sekali gus menyajikan saingan yang sengit dan menarik kepada para penyokong yang hadir. Semangat kerjasama dan kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap peserta telah menyemarakkan dan menyerlahkan lagi kemeriahan kejohanan.
Penganjuran kejohanan seperti ini mampu memperkasakan pembangunan sukan dart di peringkat akar umbi serta menyediakan ruang kepada pemain-pemain berbakat untuk mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah hadir bagi majllis penyerahan cek cura kepada penganjur dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sebagai penghargaan atas prestasi cemerlang dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
