PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA PERKASA PROFESIONALISME KERJA BELIA

TUMPAT, 17 JUN 2026 - Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Siri 1 Zon Timur Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Institut Pengurusan Peladang,Panji, Kota Bharu. Bengkel ini telah dihadiri oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim dan Puan Mimi Marini binti Mahmood mewakili peserta dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

Bengkel ini bertujuan untuk membolehkan pekerja belia memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap dan seterusnya melatih mereka untuk memahami Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Program ini juga adalah sebagai Subject Matter Expert (SME) bagi membolehkan pegawai mendapat pentauliahan dan pengiktirafan di samping untuk menyerlahkan potensi dan peningkatan kerjaya melalui pencapaian pengalaman terdahulu dan kemahiran yang dimiliki oleh calon.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik termasuk pengenalan SKM, unit kompetensi NOSS, pembangunan dan penyusunan Portfolio. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan fasilitator bagi pelaksanaan persijilan SKM melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan memastikan calon yang dipersijilkan mencapai kualiti dan standard yang dikehendaki oleh industri negara.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search