- JBS Kelantan
- Hits: 13
"HIJRAH MINDA" SUNTIK SEMANGAT PERUBAHAN POSITIF WARGA WISMA PERSEKUTUAN
- JBS Kelantan
- Hits: 13
16 Jun 2026
Bilik Mesyuarat Lavendar, Bangunan Persekutuan Kuala Krai
Warga Bangunan Wisma Persekutuan Kuala Krai telah menghadiri Tazkirah Bulanan Kali Ketiga bertajuk "Hijrah Minda" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bangunan Wisma Persekutuan Kuala Krai dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai pada 14 Jun yang lepas.
Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Dasnish bin Shahzan daripada Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai itu mengupas kepentingan penghijrahan minda sebagai asas kepada pembentukan peribadi yang lebih cemerlang dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan.
Menurut beliau, hijrah minda perlu dimulakan dengan minda yang bermimpi, iaitu keberanian untuk mempunyai cita-cita, matlamat dan wawasan yang jelas sebagai pemangkin kepada kejayaan. Selain itu, warga kerja turut diseru untuk membentuk minda husnuzon terhadap Allah, dengan sentiasa bersangka baik terhadap setiap ketentuan-Nya serta meyakini bahawa setiap ujian dan rezeki yang dikurniakan mempunyai hikmah tersendiri.
Beliau turut menekankan kepentingan membina minda aqtatiq, iaitu minda yang sentiasa proaktif, berfikiran strategik dan bertindak bijaksana dalam menghadapi cabaran serta membuat keputusan demi mencapai hasil yang lebih baik.
Program berkenaan bukan sahaja menjadi platform pengisian rohani kepada warga kerja, malah menjadi wadah menyemai nilai integriti, memperkukuh jati diri serta membudayakan sikap positif ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
jbsnegara
belia.my
JBSN Kelantan
