BELIAWANIS HALWANIS MENYAHUT CABARAN AGROLESTARI BELIA

  15 Jun 2026
  Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Program Agrobelia Lestari 2026 merupakan salah satu Program Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi membantu golongan belia dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi agro. Ini sejajar dengan dasar kerajaan yang mementingkan isu sekuriti makanan dan kos sara hidup rakyat. Program yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan keterlibatan belia dalam bidang pertanian disamping dapat menyerlah potensi belia dalam bidang pertanian melalui perkumpulan belia.

Sebanyak 4 kelab belia hadir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi membentangkan projek masing-masing dan Daerah Kuala Krai diwakili oleh Kelab Beliawanis Halwanis yang membentangkan Projek Tanaman Nenas di hadapan Panel Penilai yang terdiri daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Nenas dan lain-lain agensi berkaitan.

Sesi Pembentangan yang dipengerusikan oleh Puan Nurdalila binti Mohd Khalil, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bertujuan menilai kelab yang layak untuk diberikan dana bagi melaksanakan projek pertanian.

Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah berkesempatan hadir bagi memberi sokongan terhadap Kelab Beliawanis Halwanis.

Disediakan oleh
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai#RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
jbsnegara
belia.my
JBSN Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search