INDUSTRI KEMAHIRAN JADI FOKUS KUNJUNG HORMAT PBSD KUALA KRAI

  14 Jun 2026
  Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai

Industri kemahiran dalam kalangan belia menjadi antara fokus utama perbincangan dalam kunjung hormat Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi ke atas Ketua Jajahan Kuala Krai, YABrs Tuan Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, baru-baru ini. Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah dan Pelupusan), YBrs Encik Muhamad Adam bin Nik Marazi.

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa ekonomi belia melalui penglibatan dalam industri kemahiran sebagai medium meningkatkan kebolehpasaran serta membuka peluang penjanaan pendapatan kepada golongan muda. Sehubungan itu, isu berkaitan pembangunan industri kemahiran akan dibawa ke Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Jajahan Kuala Krai bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelbagai pihak dalam merangka inisiatif yang lebih berkesan demi manfaat belia di daerah ini.

Turut dibincangkan ialah pelaksanaan program berteraskan kesihatan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Kunjung hormat tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan agenda pembangunan belia dan kesejahteraan komuniti di Kuala Krai dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
jbsnegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search