- JBS Kelantan
- Hits: 13
KEJOHANAN FUTSAL PENUTUP TIRAI LIGA SUKAN KOMUNITI KUALA KRAI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 13
KUALA KRAI, 14 Jun 2026 – Pelaksanaan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kuala Krai Tahun 2026 telah menutup tirainya dengan Kejohanan Futsal - Lelaki yang berlangsung pada 13 Jun 2026 (Sabtu) di Gelanggang Futsal Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kg Tualang, Kuala Krai.
Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pasukan-pasukan futsal sekitar daerah Kuala Krai yang melibatkan penyertaan sebanyak 24 pasukan keseluruhan untuk menunjukkan bakat serta semangat kesukanan dalam suasana pertandingan yang sihat dan kompetitif.
Aksi - aksi menarik dan penuh semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pasukan telah membawa kepada Johan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kuala Krai pada tahun ini telah dinobatkan kepada pasukan KG60 FC yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00, pingat serta sijil pencapaian. Manakala naib johan, pasukan Tawakal FC memperolehi hadiah wang tunai RM300.00, pingat serta sijil pencapaian. Masing-masing layak untuk mewakili daerah Kuala Krai ke Kejohanan Futsal Liga Sukan Peringkat Negeri Kelantan yang dijangkakan akan berlangsung pada 25 Julai 2026. Manakala pasukan Buluh Muda FC dan MME Junior masing-masing telah berkongsi tempat ketiga bersama dan menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM200.00, pingat dan sijil pencapaian.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang cergas, aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pembangunan sukan di peringkat komuniti.
Diharapkan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kuala Krai pada tahun ini akan terus mendapat sokongan daripada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembudayaan sukan secara berterusan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah Kuala Krai.
Sesi penyampaian hadiah bagi kejohanan telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@taufiqjohari
@mordibimol
KBSMalaysia
@jbsnegara
@belia.my
@jbsnkelantan
