- JBS Kelantan
- Hits: 14
ZENTRIC NC JUARA PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA LIGA SUKAN KOMUNITI KUALA KRAI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
KUALA KRAI, 14 JUN 2026 – Pasukan bola jaring Zentric NC berjaya merangkul gelaran juara sempena Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Kuala Krai yang berlangsung pada 12 Jun 2026 yang lalu
Kejayaan itu menyaksikan pasukan Zentric NC membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00 berserta piala dan juga sijil Pencapaian. Untuk naib juara, Haifa Club pula menerima RM300.00, pingat dan Sijil Pencapaian. Manakala pasukan Alpha Hunter dan pasukan Haifa Junior pula mendapat tempat ketiga bersama, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00 berserta pingat dan sijil pencapaian
Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bola jaring yang berlangsung bertempat di Gelanggang Arena Cendekia Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh. Penyertaan kali ini mendapat penglibatan secara menyeluruh dari setiap komuniti sekitar daerah Kuala Krai menunjukkan sokongan dan minat masyarakat dengan program-program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Turut hadir menyaksikan kejohanan ialah Ybrs Puan Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama dengan peserta kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@taufiqjohari
@mordibimol
KBSMalaysia
@jbsnegara
@belia.my
@jbsnkelantan
