- JBS Kelantan
- Hits: 30
14 PASUKAN BERENTAP , NGVC UNGGULI GELANGGANG BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH PASIR PUTEH 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 30
PASIR PUTEH, 7 JUN 2026 – Kejohanan Bola Tampar (Lelaki) Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2026 telah berlangsung pada 6 Jun 2026 dengan penuh meriah di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh, menghimpunkan sebanyak 14 pasukan bagi merebut gelaran juara.
Kejohanan yang dianjurkan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan komuniti setempat, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan.
Selepas aksi yang sengit sepanjang kejohanan, pasukan NGVC berjaya muncul sebagai johan, manakala Kosyuna dinobatkan sebagai naib johan. Tempat ketiga bersama pula menjadi milik Blackseng dan Whitesand hasil persembahan yang cemerlang sepanjang pertandingan.
Para pemenang membawa pulang wang tunai, cek cura, sijil pencapaian serta pingat (medal) sebagai penghargaan atas kejayaan yang diraih.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding serta berharap penganjuran kejohanan seumpama ini dapat terus menjadi platform melahirkan atlet bola tampar yang berkualiti di samping memperkukuhkan budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi BimolKetua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysiaegara
KBSMalaysia
Rakan Muda
