- JBS Kelantan
- Hits: 14
SEMANGAT KESUKANAN TERUS MEKAR, 12 PASUKAN MERIAHKAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JEMPUTAN PASIR PUTEH 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
PASIR PUTEH, 7 JUN 2026 – Kelab Belia Semerak telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Pasir Puteh (Jemputan) 2026 pada 5 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Cherang Ruku, Pasir Puteh dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pasukan-pasukan sekitar daerah ini.
Program yang dilaksanakan melalui Dana Sukan Komuniti ini telah menghimpunkan sebanyak 12 pasukan bagi bersaing dalam suasana yang kompetitif, sekali gus menjadi platform memperkukuhkan semangat kesukanan, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan belia serta komuniti setempat.
Kejohanan ini turut memberi peluang kepada para pemain untuk menonjolkan bakat dan meningkatkan tahap permainan di samping menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah.
Majlis penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, yang turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, jawatankuasa pelaksana serta semua pasukan yang telah menjayakan kejohanan ini.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta melahirkan lebih ramai atlet sepak takraw yang berpotensi di daerah Pasir Puteh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
