- JBS Kelantan
- Hits: 7
BELIA SEMERAK DALAMI ILMU SEMBELIHAN SYARIE
- JBS Kelantan
- Hits: 7
PASIR PUTEH, 2 JUN 2026 –Kelab Belia Semerak telah berjaya menganjurkan Kursus Sembelihan Haiwan Semerak 2026 pada 24 Mei 2026 yang lalu bertempat di Surau Muhammadiah, Kampung Pauh Dara, Pasir Puteh dengan penyertaan seramai 30 orang belia dan masyarakat setempat.
Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Nazeri bin Mustapha, Imam Masjid Mukim Padang Pak Amat yang telah memberikan penerangan secara teori dan praktikal berkaitan kaedah sembelihan haiwan mengikut syariat Islam. Para peserta turut didedahkan dengan aspek hukum-hakam, syarat sah sembelihan, penggunaan peralatan yang sesuai serta tatacara pengendalian haiwan yang beretika.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam melaksanakan sembelihan yang menepati syarak, di samping melahirkan lebih ramai individu yang berkemahiran untuk membantu masyarakat terutama menjelang ibadah korban dan aqiqah.
Antara manfaat yang diperoleh peserta ialah pemahaman yang lebih jelas mengenai prosedur sembelihan halal, peningkatan keyakinan untuk melaksanakan sembelihan sendiri serta penerapan nilai tanggungjawab dan ihsan terhadap haiwan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, tenaga pengajar serta para peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Beliau berharap kursus seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform pembangunan ilmu, kemahiran dan pengukuhan amalan kehidupan berteraskan syariat dalam kalangan belia serta masyarakat setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
