- JBS Kelantan
- Hits: 8
DARI PASIR PUTEH KE PENTAS NEGERI, WAN SITI SULIHAH BUKTIKAN BELIA MUDA MAMPU BERSINAR
- JBS Kelantan
- Hits: 8
PASIR PUTEH, 2 JUN 2026 – Tahniah diucapkan kepada Saudari Wan Siti Sulihah binti Wan Salleh atas kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai penerima tempat ketiga Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026 bagi Kategori Individu Wanita.
Beliau yang mewakili daerah Pasir Puteh telah menerima pengiktirafan tersebut sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung meriah di AEON Mall Kota Bharu semalam.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat diri beliau, malah turut mengharumkan nama daerah Pasir Puteh di pentas pembangunan belia negeri. Penglibatan aktif beliau dalam pelbagai program belia, kesukarelawanan serta pembangunan komuniti menjadi antara faktor kejayaan yang melayakkan beliau menerima pengiktirafan berprestij ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh golongan belia untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan belia serta berani mencipta kejayaan demi agama, bangsa dan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
