SESI TAKLIMAT DAN UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 18 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan Sesi Taklimat dan Undian Kumpulan Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang pada 17 Jun 2026.

Sesi tersebut dihadiri oleh pengurus dan wakil-wakil pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan. Taklimat telah disampaikan bagi memberikan penerangan berkaitan syarat penyertaan, format pertandingan, jadual perlawanan, aspek teknikal serta peraturan-peraturan kejohanan yang perlu dipatuhi oleh semua pasukan.

Turut berlangsung adalah sesi undian kumpulan yang bertujuan menentukan pembahagian pasukan bagi peringkat awal pertandingan. Proses undian dilaksanakan secara telus dan teratur dengan kehadiran semua wakil pasukan yang terlibat.

Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 akan berlangsung pada 20 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Terbuka UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Kejohanan ini dijangka menghimpunkan pasukan-pasukan bola tampar komuniti dari seluruh daerah Machang dalam suasana persaingan yang sihat dan penuh semangat kesukanan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang telah mendaftar penyertaan dan berharap kejohanan ini dapat berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search