PERBINCANGAN PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 18 Jun 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 15 Jun 2026 bertempat di Bilik Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Machang.

Perbincangan tersebut melibatkan pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang bersama YABrs Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang, bagi membincangkan persiapan, penyelarasan serta aspek pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah Machang bagi tahun 2026.

Sesi perbincangan ini bertujuan memastikan perjalanan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, di samping memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pemegang taruh pembangunan belia di daerah Machang. Pelbagai perkara berkaitan pengurusan program, penyertaan wakil belia serta pengisian mesyuarat turut dibincangkan bagi memastikan objektif MPBN dapat dicapai.

Hasil perbincangan tersebut, pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2026 telah dipersetujui untuk diadakan pada 1 Julai 2026, bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

PBSD Machang merakamkan penghargaan kepada YABrs Encik Mohd Zamri bin Ibrahim atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah Machang 2026.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search