PROGRAM INSPIRE iTALENT PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 18 Jun 2026 – Program INSPIRE iTalent Peringkat Daerah Machang 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Jun 2026 bertempat di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Tok Bok. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Machang.

Program ini bertujuan untuk mengenal pasti, mencungkil dan mengembangkan bakat-bakat sukan baharu di peringkat akar umbi dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkasa pembangunan sukan inklusif serta memberi peluang yang sama rata kepada individu OKU untuk menyerlahkan potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti penilaian dan pengenalpastian bakat yang dirangka khusus bagi mengukur keupayaan serta potensi mereka dalam pelbagai cabang sukan. Program ini turut menjadi platform penting untuk mengesan atlet-atlet berpotensi yang boleh dibimbing ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Majlis Perasmian Penutup Program INSPIRE iTalent Peringkat Daerah Machang 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Machang.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Machang, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Program INSPIRE iTalent Peringkat Daerah Machang 2026.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search