- JBS Kelantan
- Hits: 8
PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 8
MACHANG, 18 Jun 2026 – Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 13 Jun 2026 bertempat di Bilik Seminar dan Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini dianjurkan sebagai usaha memperkenalkan sukan floorball kepada pegawai, pemimpin belia dan masyarakat setempat serta memberi pendedahan mengenai asas permainan, peraturan dan teknik-teknik asas yang diperlukan dalam sukan tersebut. Selain sesi taklimat dan teori di Bilik Seminar, para peserta turut berpeluang mengikuti latihan praktikal serta demonstrasi permainan di Gelanggang Futsal.
Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar sukan floorball dapat terus berkembang di negeri Kelantan dan menjadi antara sukan pilihan dalam kalangan belia serta komuniti setempat.
Program ini telah menghimpunkan peserta daripada pelbagai daerah di negeri Kelantan. Encik Zaharuddin bin Zainal telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang sebagai peserta program dan turut mengikuti keseluruhan pengisian yang disediakan.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform untuk memperluaskan lagi penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, seterusnya menyokong agenda pembangunan sukan negeri serta melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi dalam sukan floorball pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
