- JBS Kelantan
- Hits: 6
KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026 BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 6
MACHANG, 18 Jun 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Jun 2026 di Gelanggang Terbuka, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Machang. Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan dari sekitar daerah Machang ini telah menyaksikan persaingan sengit serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Pasukan Red Lion A muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Tempat kedua pula menjadi milik pasukan Red Lion B, manakala pasukan Timeless Queen dan pasukan BMN Netball Team berkongsi kedudukan ketiga bersama.
Sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang tersebut, pasukan Red Lion A dan Red Lion B akan mewakili Daerah Machang ke Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai 2026.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat melalui aktiviti sukan yang sihat dan kompetitif.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
