KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 8 Jun 2026 – Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Futsal All Sport, Kampung Kolam Abu, Machang anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Techno Football Club.

Sebanyak 20 pasukan yang mewakili pelbagai komuniti dari seluruh daerah Machang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memperkasakan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penglibatan aktif belia dalam sukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui platform sukan.
Pasukan Sungai Hala X Ziqron FT A telah muncul sebagai Juara selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Naib Juara pula disandang oleh pasukan Ahtar Motor X K6 Catering. Manakala Suka Suki FT dan Kerandut FT berjaya meraih Tempat Ketiga Bersama.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Kejohanan ini membuktikan bahawa sukan bukan sahaja menjadi medium untuk mencungkil bakat, malah berperanan sebagai platform terbaik dalam menyatukan masyarakat dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search