- JBS Kelantan
- Hits: 7
KEJOHANAN LIGA REGLES KOMUNITI MACHANG 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI STADIUM MINI MAJLIS DAERAH MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 7
MACHANG, 8 Jun 2026 – Kejohanan Liga Regles Komuniti Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Jun 2026 di Stadium Mini Majlis Daerah Machang, menghimpunkan lapan pasukan dari sekitar daerah Machang dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan komuniti.
Kejohanan yang dianjurkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan serta memupuk gaya hidup sihat ini telah menyaksikan persaingan sengit sepanjang pertandingan. Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dan mempamerkan prestasi yang membanggakan di peringkat liga dan kalah mati.
Selepas perlawanan yang kompetitif, pasukan Pulai Chondong berjaya muncul sebagai juara Kejohanan Liga Regles Komuniti Machang 2026, manakala pasukan Sungai Hala menamatkan kejohanan sebagai naib juara.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
