- JBS Kelantan
- Hits: 8
SUKAN BALING DAMAK (DART) MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA DUA AGENSI
- JBS Kelantan
- Hits: 8
KOTA BHARU, 16 JUN 2026 - Pembangunan Sukan Baling Damak (Dart) pada masa kini kian mendapat perhatian di negeri Kelantan. Buktinya, semakin ramai yang terlibat dengan permainan sukan tersebut. Tidak ketinggalan, barisan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut beraksi dalam permainan tersebut bersempena perlawanan persahabatan antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melawan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Perlawanan persahabatan ini juga merupakan salah satu medium latihan kepada para atlit Perbadanan Muzium Negeri Kelantan yang akan bertanding pada Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Johor Bharu.
En. Hazri Nizam Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam ucapannya berharap agar pasukan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan beroleh kejayaan di kejohanan tersebut kelak dan seterusnya mengharapkan agar jalinan kerjasama antara dua agensi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut serta dalam perlawanan ini, Puan Nurdalila Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
