RAKAN MUDA HULUR BANTUAN, PENGARAH JBSN KELANTAN TURUN PADANG SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

KOTA BHARU, 16 Jun 2026 – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial & Pasca Bencana) Peringkat Daerah Kota Bharu 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu melibatkan penyertaan sukarelawan Rakan Muda, agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu ini bertujuan memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta membantu komuniti yang terkesan akibat bencana dan musibah.
Turut hadir menyantuni para sukarelawan dan mangsa kebakaran ialah YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau memberikan sokongan moral dan penghargaan kepada para sukarelawan yang telah mengorbankan masa serta tenaga dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan mangsa kebakaran, mendengar sendiri perkembangan semasa serta menyampaikan kata-kata semangat agar mereka terus tabah menghadapi ujian yang menimpa. Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan misi bantuan kemanusiaan tersebut.

Program ini membuktikan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperkasa budaya kesukarelawanan serta melahirkan belia yang prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan komuniti sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#RakanMuda #RakanPrihatin #SukarelawanRakanMuda #JBSKelantan #PBSDKotaBharu #MalaysiaMADANI #BeliaPrihatin #Kesukarelawanan

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
belia.my
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search