- JBS Kelantan
- Hits: 20
PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH SIRI 1/2026
- JBS Kelantan
- Hits: 20
Tanah Merah, 15 Jun 2026 – PBSD Tanah Merah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Tanah Merah telah menganjurkan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Tanah Merah Siri 1/2026 (Sosial & Bencana) pada 14 Jun 2026 (Ahad) bertempat di Jalan Klinik, Tanah Merah, Kelantan.
Program yang melibatkan penyertaan seramai 35 orang sukarelawan belia dari sekitar daerah Tanah Merah ini bertujuan untuk memperkasakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan bantuan bencana di peringkat komuniti.
Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran dan pengalaman secara hands-on dalam merancang serta melaksanakan aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat. Melalui pendekatan praktikal yang dilaksanakan, para peserta berpeluang memahami peranan sukarelawan dengan lebih mendalam serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar.
Program ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk memupuk nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan, keprihatinan sosial dan semangat tanggungjawab terhadap masyarakat.
PBSD Tanah Merah berharap penganjuran program seumpama ini dapat terus menyemarakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara sukarelawan, agensi kerajaan dan komuniti setempat demi kesejahteraan masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
