- JBS Kelantan
- Hits: 20
NFF B JUARA KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH TANAH MERAH 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 20
Tanah Merah, 14 Jun 2026 – Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di NFF Futsal, Tanah Merah yang melibatkan penyertaan pasukan-pasukan futsal tempatan yang bersaing bagi merebut gelaran juara.
Dalam kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu, pasukan NFF B berjaya muncul sebagai johan setelah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Sebagai juara, pasukan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00, medal dan sijil penyertaan.
Tempat Naib Johan pula menjadi milik pasukan NFF A yang turut menunjukkan persembahan memberangsangkan sepanjang kejohanan. Pasukan tersebut menerima wang tunai berjumlah RM300.00, medal dan sijil penyertaan.
Sementara itu, tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh pasukan Kraise dan Redline B. Kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, medal serta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Liga Sukan Komuniti yang bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan secara sihat, di samping mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan belia setempat.
Susulan kejayaan tersebut, pasukan NFF B dan NFF A yang muncul sebagai johan dan naib johan akan mewakili Daerah Tanah Merah ke Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Diharapkan kedua-dua pasukan dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan mengharumkan nama Daerah Tanah Merah di peringkat negeri kelak.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
