- JBS Kelantan
- Hits: 15
KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH TANAH MERAH 2026 MERIAHKAN ARENA SUKAN WANITA
- JBS Kelantan
- Hits: 15
Tanah Merah, 14 Jun 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 12 Jun 2026 di Dewan Terbuka, Majlis Daerah Tanah Merah.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan bola jaring dari sekitar daerah Tanah Merah ini bertujuan menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sukan, di samping mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Pasukan Pemadam muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Kejayaan tersebut melayakkan pasukan berkenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00, medal serta sijil penyertaan.
Tempat Naib Johan pula menjadi milik pasukan Jewel RLS yang turut menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang kejohanan. Mereka menerima wang tunai berjumlah RM300.00, medal dan sijil penyertaan.
Sementara itu, kedudukan Tempat Ketiga Bersama telah diraih oleh pasukan Gold RLS dan KVTM Netballers. Kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, medal serta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Lebih membanggakan, pasukan Pemadam dan Jewel RLS yang muncul sebagai Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Tanah Merah ke Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai 2026 bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat, malah menjadi platform terbaik dalam usaha melahirkan atlet-atlet bola jaring yang berpotensi untuk mengharumkan nama daerah dan negeri pada masa hadapan. Semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua pasukan yang bertanding wajar dijadikan contoh dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti di daerah Tanah Merah.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
