- JBS Kelantan
- Hits: 29
LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH TANAH MERAH 2026 BERMULA MERIAH, PERKASA GAYA HIDUP AKTIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT
- JBS Kelantan
- Hits: 29
Tanah Merah, 14 Jun 2026 – Pelaksanaan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 telah membuka tirainya dengan penganjuran Kejohanan Bola Jaring (Wanita) yang berlangsung pada 12 Jun 2026 (Jumaat) di Dewan Terbuka Majlis Daerah Tanah Merah.
Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan wanita sekitar daerah Tanah Merah yang hadir untuk menunjukkan bakat serta semangat kesukanan dalam suasana pertandingan yang sihat dan kompetitif.
Siri kedua liga diteruskan dengan Kejohanan Futsal (Lelaki) yang telah diadakan pada 13 Jun 2026 (Sabtu) di NFF Futsal, Tanah Merah. Penyertaan pasukan dari pelbagai komuniti telah memeriahkan pertandingan dengan aksi yang menarik serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta.
Liga Sukan Komuniti ini akan diteruskan dengan Kejohanan Bola Tampar (Lelaki) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka Majlis Daerah Tanah Merah. Pertandingan tersebut dijangka akan menarik penyertaan lebih ramai komuniti setempat yang ingin bersama-sama menyemarakkan budaya sukan di daerah ini.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang cergas, aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pembangunan sukan di peringkat komuniti.
Selain menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, program ini turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat melalui aktiviti yang positif dan bermanfaat.
Diharapkan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 akan terus mendapat sokongan daripada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembudayaan sukan secara berterusan dalam kalangan rakyat Negeri Kelantan khususnya di daerah Tanah Merah.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
