- JBS Kelantan
- Hits: 5
LIGA SUKAN WARGA EMAS ACARA DART MERIAHKAN PENYERTAAN WARGA EMAS KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 5
Kota Bharu, 14 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Kelantan Dart Association dan Persatuan Skuasy Negeri Kelantan 2024 telah menganjurkan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan bagi acara Dart bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 13 Jun 2026.
Penganjuran liga ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif warga emas dalam aktiviti sukan dan rekreasi di samping membudayakan amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dari seluruh negeri Kelantan.
Acara dart yang dipertandingkan mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 60 orang warga emas yang menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Program ini turut menjadi platform bagi mengetengahkan potensi warga emas dalam aktiviti sukan kompetitif serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus aktif dan cergas.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Saudara Azhar bin Md Nor, Timbalan Presiden Kelantan Dart Association.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berharap penganjuran Liga Sukan Warga Emas ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluaskan penglibatan warga emas dalam aktiviti sukan, sekali gus mewujudkan komuniti warga emas yang sihat, aktif dan sejahtera.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
