PROGRAM SUKAN BAHARU FLOORBALL TARIK MINAT MASYARAKAT KELANTAN

Kota Bharu, 14 Jun 2026 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Floorball Malaysia telah menganjurkan Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 13 Jun 2026.

Program selama sehari ini disertai 33 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan dan 3 orang jurulatih mahir dan terlatih terlibat sebagai tenaga pengajar sepanjang program tersebut berlangsung.
Matlamat program ialah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada belia dan peminat sukan floorball berkaitan tatacara permainan dan cara mengendalikan sukan floorball. Melalui program ini, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berharap dapat mengembangkan acara sukan ini hingga ke peringkat akar umbi dan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian awam dan swasta.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut sama menyertai program kali ini Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bersama-sama peserta lain melengkap modul pembelajaran sukan floorball sehingga ke akhir sesi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search