- JBS Kelantan
- Hits: 3
KEJOHANAN B21 BOCCE KEBANGSAAN PRELUDE SUKMA 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 3
KOTA BHARU, 13 JUN 2026 – Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Hazri Nizam bin Zakaria telah hadir merasmikan Kejohanan B21 Bocce Kebangsaan Prelude SUKMA Edisi Ke-6 Tahun 2026 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Jun 2026 di Arena Bocce IBS Bayam, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam ucapan perasmian beliau, En. Hazri Nizam menzahirkan penghargaan kepada Persekutuan Sukan Boules Bocce Malaysia atas komitmen berterusan dalam membangunkan sukan bocce di negara ini serta menyediakan platform pertandingan yang berkualiti kepada para atlet untuk mengasah bakat dan meningkatkan prestasi menjelang temasya SUKMA.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan Geran Padanan Sukan berjumlah RM25,000.00 kepada Persekutuan Sukan Boules Bocce Malaysia sebagai tanda sokongan kerajaan dalam memperkasakan pembangunan sukan tersebut di peringkat kebangsaan.
Kejohanan yang menghimpunkan atlet-atlet bocce dari seluruh negara ini menjadi medan penting dalam mengenal pasti bakat baharu serta memberi pendedahan kompetitif kepada atlet sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang lebih tinggi. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa komited dalam menyokong pembangunan sukan prestasi tinggi dan sukan komuniti demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
