LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 MERIAHKAN ACARA PETANQUE

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun 2026 – Acara Petanque Kategori Individu Lelaki dan Wanita sempena Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di Arena Petanque, Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Anuar bin Che Mahmud, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta YBrs. Ts. Mat Ali bin Ismail, Pengarah Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.

Penganjuran kejohanan ini berjaya menghimpunkan warga emas dari seluruh negeri dalam suasana penuh semangat kesukanan dan muhibah. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga emas, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, peserta, pegawai teknikal dan Urus setia yang telah bersama-sama menjayakan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search