BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ARPRM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Tanah Merah, 07 Jun 2026 – Tiga orang guru dari Kolej Vokasional Tanah Merah telah mewakili daerah Tanah Merah dalam Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun 2026 di Cabana Cafe & Campsite, Pulau Perhentian, Terengganu.

Guru-guru yang terlibat ialah Puan Mariza binti Mat Yasin, Puan Norazaini binti Zakaria dan Puan Farahanim binti Mohd Aseri. Penyertaan mereka mencerminkan komitmen berterusan institusi pendidikan dalam memperkukuhkan pelaksanaan program pembangunan belia dan remaja di peringkat institusi.

Bengkel ini dianjurkan dengan objektif untuk melahirkan pemimpin baharu yang masih belum memiliki sijil Pemimpin Bertauliah ARPRM agar dapat dilantik secara rasmi sebagai pemimpin program tersebut. Selain itu, bengkel ini turut bertujuan memperkasa kepimpinan peserta bagi menyokong pelaksanaan ARPRM di pelbagai peringkat, khususnya dalam usaha membimbing dan membangunkan potensi golongan remaja.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul berkaitan pengurusan program, kepimpinan, pemantauan aktiviti serta pelaksanaan komponen-komponen ARPRM. Pendedahan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta keupayaan peserta dalam mengendalikan program ARPRM dengan lebih berkesan di institusi masing-masing.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada ketiga-tiga guru tersebut atas komitmen yang ditunjukkan dalam mengikuti bengkel ini. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperluaskan penyertaan remaja dalam program ARPRM serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berkemahiran dan berakhlak mulia.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search