- JBS Kelantan
- Hits: 3
FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH JELI 2026 BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Kelantan
- Hits: 3
JELI, 2 Jun 2026 – Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti peringkat Daerah Jeli tahun 2026, telah berlangsung meriah di Gelanggang Bola Tampar Ayer Lanas, Jeli, pada 23 Mei 2026, dengan jumlah penyertaan sebanyak 10 pasukan.
Liga Sukan Komuniti ini di adakan bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup serta mengalakkan masyarakat berbudaya sukan.
Dalam Kejohanan tersebut Pasukan Project VC telah dinobatkan sebagai Juara setelah menewaskan EPVC Jeli diperlawanan akhir, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Pasukan AVT dan Pasukan UMK / JVT.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Semoga dengan pelaksanaan kejohanan acara sukan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
